Selasa, 27 Disember 2011

KAU ISTIMEWA

Kumpulan Indigo

Istimewa
Artist: Indigo

Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindahmu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita kau istimewa

Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku menyinta
Kau istimewa, teristimewa

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Tiada mimpi atau fantasi
Tiada rasa lebih berseri
Semekar murni hatimu sayang
Siang dan malam, aku terbayang
Kau istimewa, buat ku tenang

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Ingin ku bawa kau ke awana
Ingin memadu kasih asmara
Sepanjang hayatku curah cinta
Sebenar-benar ucapan kata
Kau istimewa oh! Percayalah
Ku perlu cinta dari wanitaku nan istimewa
Beriku cintamu nan istimewa



Lagu nie masih mencari tuannya... haha kemana la tuannya menghilang... haha...

Lagu nie sangat bermakna pada aku... mungkin orang lain rasa biase saja... tp lagu ini la buat ak teringat pada seseorang... aku nie bukan la berani cakap atau luahkan perasaan pada seseorang dengan mudah... sebab aku berfikir ini hanyalah mainan syaitan dan nafsu saja.... Cinta? Cinta itu buta... Sebab cinta bkn manusia jadi xde mata... haha ap aku merapu nie...




Cinta... luahan cinta boleh membuatkan seseorang yang menerima cinta boleh mengalami tekanan jiwa apabila perhubungan terputus... jd... aku berharap kepada sesiapa yang membaca blog ini... jangan lah mudah meluahkan perasaan cinta kepada sesiapa pun kecuali Keluarga kita... =)... Bila? Bila boleh meluahkan nya? ala time kite benar2 dh bersedia dn mampu menguruskan keluarga dengan baik...


QWERTYUIOP...?... Jeles? memang la... aku pun jeles bile lihat member2 aku berkapel... tp kadang2 ak meluat juga tengok apabila sesetengah orang kapel yang x sepadan... sebagai contoh... Awek punya la baik tp Pakwenye teruk gilerrr perangai dn sebaliknya... lagi... Awek die lawa tp BF die xlah hensem mane dan sebaliknya... haha jangan salah faham bukannya mengutuk maksud aku disini pasangan yang x sepadan dilihat orang dan sesiapa saja bila lihat dapat rasa x sepadan... emmm... dalam hati ak jeles jugak la... tp ini mungkin ad hikmahnya...

Jadi kepada yang masih single... pada aku x salah memilih... tapi pilihlah seseorang yang selalu membuat kite tenang dan memahami diri kite sendiri... itulah yang penting selain pegangan agama yang baik...=)




Suka Blog ini?