Jumaat, 29 Jun 2012

Gerimis Mengundang


Zamani seorang bekas graduan dalam kejuruteraan mekanikal di Universiti Teknologi Malaysia UTM telah bertemu dengan seorang gadis iaitu seorang pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia USIM yang juga seorang anak kepada Tan Sri Muzaffar, Wakil kedutaan Malaysia di London. Pertemuan yang tidak dirancang telah menemukan mereka di suatu program perkhemahan anjuran IPTA dan IPTS yang disertai bekas-bekas graduan dan pelajar IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia. Perkenalan yang tidak sengaja antara Zamani bersama Mas atau nama sebenarnya Masyitah yang telah diperkenalkan oleh seorang kawannya kepada Zamani. Perasaan kasih sayang  telah membibit dalam hati mereka setelah Tan Sri Muzaffar telah tewas dalam serangan sakit jantung mengejut sebelum perjalanan pulang beliau dari London ke Malaysia.


Dengan kekosongan hati Mas, dia akhirnya menerima Zamani sebagai pengganti kekosongan itu. Namun, ianya tidak lama apabila Aidil, tunangan Mas dan juga kenalan daripada perniagaan keluarga sejak kecil, telah bertemu mereka di KELA Adventure Camp di Kg Chenduk Kela, Raub Pahang iaitu program yang disertai oleh Zamani dan Mas. Pertemuan itu telah menyebabkan Zamani patah hati, Sebaliknya, Mas dan Aidil telah memutuskan perhubungan di Kota London, kerana mereka merasakan adalah lebih sesuai untuk menjalinkan hubungan sebagai adik-beradik. Selama ini, mereka terkongkong dalam hubungan niaga dua hala antara keluarga mereka. Hampir sebulan berada di London, Mas pulang ke Malaysia dan terus menuju ke Kota Kinabalu dimana tempat Zamani bekerja untuk mencari cintanya untuk Zamani.


Namun, semuanya telah terlambat apabila Zamani terlibat dalam kemalangan udara apabila helikopter yang ditumpangnya terhempas sewaktu helikopter dipandu uji seminggu sebelum Mas sampai di Malaysia. 



Mas merasai kehilangan apabila Zamani yang dicintai telah pergi buat selama-lamanya. Inilah kisah cinta agung antara Zamani dan Mas buat selama-lamanya.


GERIMIS MENGUNDANG

Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan

Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman

( korus )
Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan

Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Terasa diri amat terhina kau lakukan

( ulang dari korus )

Sia-sia kukorban selama ini
Jika kasihku, jika hatiku
Kau guris oh oh oh...
Dalam tak sedar ku menangis







Suka Blog ini?